Hidup bahagia..hidup gembira

Baca...Bacalah dengan nama tuhan yang menjadikan kamu...

Followers

Tuesday, November 30, 2010

Pelan Takaful cerdik

Pelan takaful yang memberi perlindungan kepada anak-anak kita sehingga mereka berusia 20 atau 25 tahun. Kita perlu mengambil langkah bijak kerana pada masa kini kanak-kanak mudah terdedah dengan penyakit mungkin disebabkan persekitaran atau pemakanan. Di samping itu kita juga tidak mahu mengulangi kesilapan kita yang terpaksa menggunakan duit PTPTN apabila ingin sambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi hinggakan setelah berkahwin dan mempunyai anak pun ada diantara kita yang masih lagi mempunyai baki pinjaman. Fikirkan dan renungkan la....

Adakah kita telah bersedia sekiranya anak kita akan menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi?

Jawapan kepada persoalan ini ada ditangan kita. Seperti mana pendapat yang mengatakan anak kita ibarat kain putih dan kita ibu bapa yang akan mencorakkanya memberi seribu maksud kepada ungkapan itu. Ia tidak hanya bertumpu kepada mencorakkan akidah, iman dan sebagainya tetapi juga masa depan mereka seperti tabungan pendidikan dan perlindungan kepada mereka. Secara dasarnya pelan membantu meringankan beban yang dipikul kerana kita perlu ingat kos pendidikan akan terus meningkat jadi dengan mengambil langkah awal seperti ini kita akan mengurangkan bebanan yang dipikul pada masa depan.

Resam dunia, kita selalunya tidak sukar membelanjakan wang kita pada benda-benda yang manfaatnya kita nampak dan sukar untuk menggunakannya pada perkara yang kita tidak tahu apa akan berlaku. Manusia suka kepada perkara yang gembira walaupun kegembiraan itu hanya seketika tetapi meluat kepada perkara yang menyusahkan dirinya walaupun kesusahan itu sementara. Melangkah mesti ke depan....dan kita sentiasa kena ingat semua ini bukan kerana duit tetapi segala apa yang ingin kita lakukan melibatkan duit...



No comments:

Post a Comment