Hidup bahagia..hidup gembira

Baca...Bacalah dengan nama tuhan yang menjadikan kamu...

Followers

Wednesday, December 1, 2010

BERTINDAK SEBELUM KENA..

Statistik MAKNA menyatakan setiap seorang dari empat orang (1:4) penduduk Malaysia mempunyai potensi untuk menghidap kanser memberi maksud kepada kita lebih kurang 25% penduduk malaysia mempunyai risiko ini. Apa yang lebih penting wanita mempunyai risiko yang lebih tinggi di mana seorang dari tujuh orang wanita (1:7) mempunyai risiko untuk mendapat kanser dan jenis kanser yang kerap berlaku di kalangan wanita malaysia ialah kanser payudara, kanser serviks, kanser ovari dan lain-lain lagi.Menurut WHO setiap hari 650 kes kanser dikesan diseluruh dunia menjadikan kanser in merupakan satu ancaman kepada kita.

Faktor yang menyumbang kepada risiko ini adalah disebabkan pemakanan, persekitran dan juga gaya hidup kita. Kebanyakan kanser hanya dapat dikesan setelah berada pada peringkat yang sudah kritikal namun untuk kanser payudara dan serviks ianya dapat dikesan awal sekiranya kita melakukan pemeriksaan sebagai contoh untuk kanser payu dara melalui mamogram manakala serviks pula menerusi ujian 'Pap Smear'.

Disamping itu kita perlu bertindak untuk mempunyai perlindungan dari risiko ini. Mungkin ramai yang mengatakan mereka telah mempunyai pelan perlindungan ini namun mereka perlu sedar terutamanya para wanita kerana pelan perlindungan biasa memang ada menawarkan perlindungan untuk kanser ini tetapi syaratnya sel kanser itu mestilah dibuktikan telah merebak terlebih dahulu barulah ianya cukup syarat untuk dibayar pampasan penyakit kritikal tetapi pelan TAKAFULputeri memberi perlindungan yang lebih iaitu jika sel kanser dikesan maka perlindungan akan terus diberikan..itulah istimewanya wanita, mereka mempunyai pelan khas untuk melindungi mereka tetapi ramai yang tidak sedar dan mengambil peluang ini.

Bertindaklah sebelum kena....kita hanya boleh merancang tetapi segalanya datang dari Allah...

2 comments: