Hidup bahagia..hidup gembira

Baca...Bacalah dengan nama tuhan yang menjadikan kamu...

Followers

Tuesday, November 30, 2010

Pelan Takaful cerdik

Pelan takaful yang memberi perlindungan kepada anak-anak kita sehingga mereka berusia 20 atau 25 tahun. Kita perlu mengambil langkah bijak kerana pada masa kini kanak-kanak mudah terdedah dengan penyakit mungkin disebabkan persekitaran atau pemakanan. Di samping itu kita juga tidak mahu mengulangi kesilapan kita yang terpaksa menggunakan duit PTPTN apabila ingin sambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi hinggakan setelah berkahwin dan mempunyai anak pun ada diantara kita yang masih lagi mempunyai baki pinjaman. Fikirkan dan renungkan la....

Adakah kita telah bersedia sekiranya anak kita akan menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi?

Jawapan kepada persoalan ini ada ditangan kita. Seperti mana pendapat yang mengatakan anak kita ibarat kain putih dan kita ibu bapa yang akan mencorakkanya memberi seribu maksud kepada ungkapan itu. Ia tidak hanya bertumpu kepada mencorakkan akidah, iman dan sebagainya tetapi juga masa depan mereka seperti tabungan pendidikan dan perlindungan kepada mereka. Secara dasarnya pelan membantu meringankan beban yang dipikul kerana kita perlu ingat kos pendidikan akan terus meningkat jadi dengan mengambil langkah awal seperti ini kita akan mengurangkan bebanan yang dipikul pada masa depan.

Resam dunia, kita selalunya tidak sukar membelanjakan wang kita pada benda-benda yang manfaatnya kita nampak dan sukar untuk menggunakannya pada perkara yang kita tidak tahu apa akan berlaku. Manusia suka kepada perkara yang gembira walaupun kegembiraan itu hanya seketika tetapi meluat kepada perkara yang menyusahkan dirinya walaupun kesusahan itu sementara. Melangkah mesti ke depan....dan kita sentiasa kena ingat semua ini bukan kerana duit tetapi segala apa yang ingin kita lakukan melibatkan duit...



Friday, November 26, 2010

CELIK TAPI BUTA

Ramai di kalangan kita celik tetapi pada hakikatnya mereka buta. Ramai yang celik untuk melihat keindahan alam ciptaan tuhan tetapi buta untuk mensyukuri keindahan kurniaan tuhan, ada pula celik untuk melihat keburukan orang lain tetapi buta tentang keburukan diri sendiri. Sang suami pula, celik untuk melihat kecantikan perempuan lain tetapi buta untuk menghargai isteri di depan mata dan begitula seterusnya. Ramai juga celik memandang kebahagiaan yang ingin dikecapi tetapi buta untuk menduga malang yang mungkin menimpa.

Bagi para ibu bapa mereka celik untuk menjaga anak2 mereka tetapi buta untuk merancang masa depan anak-anak tersebut. Ada yang beranggapan menjadi satu beban untuk mempunyai satu simpanan dan perlindungan kepada anak-anak ini sehingga mereka dewasa, inilah kebutaan yang merugikan..sebagai ibu bapa kita patut lebih celik untuk mengetahui kesusahan kita kini akan memberi suatu kemudahan kepada anak-anak kita kelak. Kita tidak mengetahui apa kemungkinan yang akan datang, apa yang kita tahu kita hanya mampu merancang tetapi apa yang akan berlaku bukan di tangan kita.

Bagi para belia, ada yang celik untuk menyimpan tetapi buta untuk mempunyai perlindungan . Selalu difikirkan usia masih muda dan masih awal untuk mempunyai perlindungan. Bagi yang sudah ada perlindungan mungkin di sebabkan mepunyai pengalaman ditimpa kesusahan, belajar dari kesilapan. Untuk mereka yang tak biasa ditimpa kecelekaan..selesa dengan apa yang ada...itu la kita hanya celik apabila bala menimpa tetapi buta di kala selesa...

Apapun yang kita lakukan hanyalah satu usaha yang berhak menetukan ialah DIA..hanya DIA yang maha mengetahui....

Friday, November 12, 2010

Banjir...oh...banjir

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang...

Minggu ini berita dihidangkan dengan cerita pasai banjir yang melanda Kedah...banjir terburuk dalam sejarah...walau apa jua yang terjadi tentu ada hikmah di sebalik itu..apa yang kita harapkan supaya mangsa-mangsa yang terlibat supaya bersabar denga ujian yang menimpa...penulis bersyukur kerana tidak terlibat dengan banjir tetapi turut bersedih dengan apa yang menimpa rakan-rakan di Padang Terap, Pokok Sena, Pendang, Kota setar dan lain-lain kawasan yang terlibat. Dalam dok sibuk pasai banjir macam-macam isu timbul....isu lepas tangan, bantuan lambat...bertikam lidah di dalam media massa , saling menyalahkan dan macam-macam lagi...perlu diingat saat bencana mcm ni takkan nak berpolitik lagi...dok kibar bendera parti masing2...kena ingat kita tolong orang ni kerana Allah..bukan kerana tuan empunya bendera... orang dok kalut nak survive ada pulak dok kalut nak berpolitik..apa kejadahnya semua ni...yang tersepit rakyat juga...

Media pulak dok main cerita seolah-olah tuan empunya negeri yang kena bala tu tak buat apa langsung...kalau difikirkan logik sapa pun yang memerintah mesti hulur bantuan punya lah...orang tak dak hati perut ja boleh dok tengok saja kesengsaraan orang lain...

Orang melayu kita ni penuh ngan adat resam, sopan santun...sebagai contoh..nak masuk rumah orang mesti la kena jumpa tuan rumah dulu...mana boleh main masuk ikut suka buat mcm rumah sendiri..kalau ikut negara demokrasi...ada kerajaan dan ada pembangkang..masing2 punya peranan sendiri....bak kata orang saling melengkapi...walaupun pandangan dan pendapat berbeza tetapi masing2 memerlukan antara satu sama lain....

Di sebalik musibah yang menimpa kita perlu melihat hikmah tersirat....apabila banjir melanda seluruh penduduk kembali bersatu dan membantu antara satu sama lain...ketika inilah kita dapat mengenal siapa kawan yang betul2 kawan kita...hmmmm renung-renungkan lah