Hidup bahagia..hidup gembira

Baca...Bacalah dengan nama tuhan yang menjadikan kamu...

Followers

Friday, November 12, 2010

Banjir...oh...banjir

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang...

Minggu ini berita dihidangkan dengan cerita pasai banjir yang melanda Kedah...banjir terburuk dalam sejarah...walau apa jua yang terjadi tentu ada hikmah di sebalik itu..apa yang kita harapkan supaya mangsa-mangsa yang terlibat supaya bersabar denga ujian yang menimpa...penulis bersyukur kerana tidak terlibat dengan banjir tetapi turut bersedih dengan apa yang menimpa rakan-rakan di Padang Terap, Pokok Sena, Pendang, Kota setar dan lain-lain kawasan yang terlibat. Dalam dok sibuk pasai banjir macam-macam isu timbul....isu lepas tangan, bantuan lambat...bertikam lidah di dalam media massa , saling menyalahkan dan macam-macam lagi...perlu diingat saat bencana mcm ni takkan nak berpolitik lagi...dok kibar bendera parti masing2...kena ingat kita tolong orang ni kerana Allah..bukan kerana tuan empunya bendera... orang dok kalut nak survive ada pulak dok kalut nak berpolitik..apa kejadahnya semua ni...yang tersepit rakyat juga...

Media pulak dok main cerita seolah-olah tuan empunya negeri yang kena bala tu tak buat apa langsung...kalau difikirkan logik sapa pun yang memerintah mesti hulur bantuan punya lah...orang tak dak hati perut ja boleh dok tengok saja kesengsaraan orang lain...

Orang melayu kita ni penuh ngan adat resam, sopan santun...sebagai contoh..nak masuk rumah orang mesti la kena jumpa tuan rumah dulu...mana boleh main masuk ikut suka buat mcm rumah sendiri..kalau ikut negara demokrasi...ada kerajaan dan ada pembangkang..masing2 punya peranan sendiri....bak kata orang saling melengkapi...walaupun pandangan dan pendapat berbeza tetapi masing2 memerlukan antara satu sama lain....

Di sebalik musibah yang menimpa kita perlu melihat hikmah tersirat....apabila banjir melanda seluruh penduduk kembali bersatu dan membantu antara satu sama lain...ketika inilah kita dapat mengenal siapa kawan yang betul2 kawan kita...hmmmm renung-renungkan lah 

No comments:

Post a Comment