Hidup bahagia..hidup gembira

Baca...Bacalah dengan nama tuhan yang menjadikan kamu...

Followers

Saturday, October 30, 2010

Cubaan Pertama: Akai, Biawak hidup dan Cicak Tokek

Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang....

Dunia makin maju, makin pantas dan makin panas...ungkapan 'ada akai ka?' ...bunyinya ringkas bagi mereka yang biasa tetapi bagi mereka yang ingin menjadi manusia luar biasa ia menyentap minda..membuat kita terfikir adakah kita menggunakan akal kita dengan sepenuhnya atau hanya leka dengan angan-angan dunia...Orang yang ada akai..gunakan akai untuk cari jalan majukan hidup..cari peluang dan tidak hanya duduk berdiam diri...orang tak guna akai ajer yang dok diam mengharap bulan jatuh ke riba..

'Biawak hidup' sinonim untuk mereka yang sentiasa bersikap dan berfikiran negatif kepada kejayan dan kesenangan orang lain...ia juga merujuk kepada golongan yang hanya pandai bercakap dan memberi komen tetapi diri sendiri entah ke mana...tiada tujuan...bak kata orang 'mengabihkan boreh aje'... Masyarakat melayu sungguh dekat dengan ungkapan ini kerana orang melayu ramai yang mempunyai Phd(Perasaan Hasad Dengki)..Kenapa perlu PHD dengan kejayaan orang kita sendiri..kenapa tidak diambil iktibar dan kaji apa yang menyebabkan dia berjaya..cuba belajar..jadikan mentor agar kita juga beroleh kejayaan yang sama..Usah kita cemburu dengan kejayaan orang lain kerana mereka berusaha untuk mengecap kejayaan sedangkan kita hanya berpeluk tubuh dan dengan sinis mencebeh mulut dengan apa yang orang lain kecapi..

Sekarang heboh dan kecoh orang mencari 'cicak tokek' kerana nilainya yang mencecah jutaan ringgit...bagi yang berusaha mencari cicak ini untuk berjaya dan kaya..teruskan... namun bagi mereka yang memandang sinis usaha ini anda tidak layak berada dalam kategori 'cicak tokek' kerana anda lebih sesuai berada di dalam kategori 'Biawak hidup yang terjelir lidah'...jika kita renung lebih dalam...'Cicak Tokek' sendiri tak tahu dirinya itu berharga dan jadi buruan...kalau dia tahu dah lama dia beli insuran..yer la mana tahu kot kena tangkap..anak bini dia kat rumah sapa nak sara....tapi itulah resam dunia...hanya sedar setelah sesuatu musibah itu terjadi pada dirinya sendiri atau orang yang dekat dengannya..bila dah kena beru tersedar tapi dah terlambat...

Sama-samalah kita fikir.....