Hidup bahagia..hidup gembira

Baca...Bacalah dengan nama tuhan yang menjadikan kamu...

Followers

Friday, December 3, 2010

PRULink Assurance Plan

PRUlink Assurance Plan

Hmm kali ni nak berkongsi sikit berkenaan manfaat yang boleh diperolehi jika menyumbang dalam PRUlink ini. Penerangan serba ringkas dengan harapan pembaca dapat memahaminya.

1.Life Protection
Bermaksud jika kematian berlaku atas apa jua sebab maka penyumbang (contributor) akan mendapat pampasan yang akan diberikan kepada individu seperti yang telah dinamakan, begitu juga jika berlaku kecacatan kekal (TPD) pampasan akan terus diberikan. Jumlah pampasan yang diterima bergantung kepada jenis pelan yang diambil.

2.Critical Illnesses
Jika penyumbang didapati telah menghidapi salah satu dari 36 penyakit kritikal yang disenaraikan bermakna penyumbang akan diberikan pampasan dan seterusnya sumbangan bulanan diberikan percuma. Walaupun sumbangan bulanan adalah percuma, manfaat lain berjalan seperti biasa.

*untuk manfaat (1) dan (2), pampasan akan dibayar hanya sekali kepada mana-mana dahulu yang berlaku. Contohnya jika berlaku kemalangan yang menyebabkan kecacatan mana-mana 2 anggota badan pampasan akan terus dibayar dan selepas itu jika penyumbang mendapat pula penyakit kritikal ianya tidak akan dibayar lagi.

3.Hospital Room & Board
Manfaat untuk kemudahan wad jika terpaksa dimasukkan ke wad untuk apa juga kes. Jenis bilik adalah tertakluk kepada pelan yang diambil dan jika penyumbang memilih untuk menginap di bilik yang lebih mahal dari pelan yang diambil, syarikat hanya akan membayar mengikut manfaat yang diterima dan selebihnya penyumbang terpaksa menanggung sendiri.

4.Annual Medical Limit
Bermaksud had untuk kemudahan perubatan tahunan yang dibenarkan untuk tuntutan.

5.Life time Limit
Bermaksud had seumur hidup yang dibenarkan untuk tuntutan.

6.No Claim Bonus/NCB
Bonus yang diberikan kepada penyumbang jika tiada tuntutan dibuat dalam sesuatu tahun.

7.Daily Hospital Benefit
Jika dimasukkan ke wad untuk apa jua penyakit, pemegang polisi akan dibayar manfaat harian selama mana dia berada di wad. Jika berada di wad kecemasan minimum masa yang dikira adalah selepas 6 jam, jika kurang manfaat adalah tidak layak untu dituntut.

8.Prupayor
Pihak Takaful Prudential akan terus menyumbang kepada akaun penyumbang andai kata penyumbang mendapat penyakit kritikal atau kecacatan kekal.

9.Cash Value
Jumlah simpanan yang terkumpul bergantung kepada jumlah tahun perlindungan.

Nota:
*Ko takaful adalah persetujuan perkongsian kos di mana pemegang sijil akan membayar 10% dari jumlah kos rawatan atau minimum RM300 sehingga maksimum RM1000.

RM300<= 10% => RM1000

*Manfaat Takaful Prudential adalah dijamin sepenuhnya dimana manfaat akan berterusan dan tidak akan dibatalkan (non-cancelable)

*Untuk maklumat lanjut sila emailkan kepada shazsouq@gmail.com

No comments:

Post a Comment